Rabu, 12 November 2008

Berniaga Menurut Islam

Adab Berniaga dalam Islam

Berniaga merupakan salah satu kegiatan yang dihalalkan dalam Islam. Akan tetapi, kita perlu mengetahui bagaimanakah cara berniaga yang benar menurut Islam sehingga aktivitas yang halal ini tetap terjaga kehalalannya dan kita terhindar dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT
1. Konsep Berniaga
Berniaga adalah salah satu bentuk muamalah yang disyariatkan oleh Islam. Berniaga dari sudut bahasa berarti berdagang atau berjual beli. Sedangkan dari sudut istilah syariat, berniaga diartikan sebagai pertukaran harta dengan harta dengan syarat-syarat tertentu. Harta yang dimaksudkan di sini ialah semua jenis barang yang bernilai di sisi syariat.
2. Aktivitas Perniagaan Menurut Islam
v Jual beli (Al-Bai)
v Sewa (Al-Ijarah)
v Saham (Al-Mndharabah)
v Gadaian (Ar-Rahn)
v Syarikat (As-Syarikat)
v Asuransi (Takaful)
v Hutang (Al-Qaradh)
3. Islam Menganjurkan dan Mendukung Berniaga
Islam mendukung umatnya menjalankan aktivitas perniagaan. Rasulullah Saw pernah menjadi wakil perniagaan Khadijah binti Khuwailid ra. ke negeri Syam. Terdapat juga di kalangan para sahabat yang terlibat dengan aktivitas perniagaan yang besar di Makkah dan Madinah seperti Abdul Rahman bin Auf ra. Islam sangat menganjurkan dan mendukung umatnya menjalankan aktivitas perniagaan untuk kepentingan dan hubungan yang baik sesama manusia. Firman Allah SWT dalam Surah AI-Baqarah: 275 :
“Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka Berkata (berpendapat), Sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah Telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang Telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), Maka baginya apa yang Telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. orang yang kembali (mengambil riba), Maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.”
4. Adab-Adab Berniaga
Islam menggariskan beberapa adab untuk diamalkan ketika berniaga. Adab ini bertujuan untuk menghindarkan terjadinya perselisihan faham dan penipuan dalam perniagaan.
Diantara adab-adab dalam berniaga ialah:
1. Amanah. Yang dimaksud amanah ialah penjual dan pembeli bersikap jujur dan tidak menipu dalam perniagaan. Contohnya pedagang tidak sepatutnya mencampur buah-buahan yang lama dengan yang baru dan menjualnya dengan harga yang sama nilai. sedangkan pembeli haruslah bersikap jujur sekiranya penjual lupa memberikan uang kembalian lebih besar dari yang seharusnya, maka pembeli harus mengembalikan kelebihan uang tersebut kepada pedagang.
2. Ihsan. Yang dimaksud ihsan ialah penjual menjalankan aktivitas perniagaan dengan mepertimbangkan semua aspek kemasyarakatan dan keberkahan dari Allah SWT di samping untuk mendapatkan keuntungan.
3. Bekerjasama. Penjual dan pembeli hendaklah saling berkompromi sekiranya timbul perkara yang tidak diinginkan dan bersama-sama berusaha mencari jalan keluar yang terbaik untuk mengatasinya. 4. Tekun. Perniagaan hendaklah dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh agar perniagaan yang dijalankan itu berkembang maju.
5. Menjauhi perkara yang haram. Penjual hendaklah menjauhi perkara yang haram ketika menjalankan perniagaan. Contohnya mencuri timbangan, menjalankan riba, memalsukan barang, dan menjual barang yang diharamkan seperti narkotika, minuman keras, dan sebagainya.
6. Melindungi penjual dan pembeli. Penjual dan pembeli hendaklah saling melindungi hak masing-masing. Contohnya penjual memberikan waktu yang cukup kepada pembeli untuk membuat pilihan ketika hendak membeli s